Kejohanan Sukan Tahunan SMKATDM 2009

Posted: November 9, 2009 in My Work Field
Pada 4 November 2009 telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan SMKA Tun Datu Mustapha 2009. Memandangkan padang sekolah masih lagi dalam pembinaan, pihak sekolah telah menyewa Stadium Penampang untuk mengadakan sukan antara rumah tersebut. Pihak sekolah telah menyediakan 4 buah bas sekolah termasuk bas dari SMKA Kota Kinabalu dan SMKA Limaun di samping bas sekolah kita sendiri untuk membawa kesemua warga pelajar dan pendidik SMKATDM ke sana.
Walaupun hanya sehari, ternyata perjalanan pertandingan berjalan dengan lancar. Kejohanan dimulakan dengan acara Balapan, diikuti oleh pertandingan lontar peluru. Seterusnya acara seterusnya adalah pertandingan lompat jauh. Kejohanan berhenti rehat sementara pada pukul 12.30 untuk memberi ruang kepada pelajar dan urusetia menikmati makan tengah hari serta solat Zohor.

Main main jugak, tapi Ibadah tidak dilupakan

Kejohanan diteruskan lagi pada pukul 2.00 petang dengan mempertandingkan acara balapan peringkat akhir. Kejohanan seterusnya dimeriahkan lagi dengan acara terbuka iaitu 4Ɨ100 meter yang disertai oleh para guru dan pelajar-pelajar tingkatan 5.

Acara Guru

Acara diakhiri dengan pertandingan perbarisan antara rumah-rumah sukan yang bertanding. Ternyata pelbagai gelagat dan kerenah para peserta perbarisan dapat disaksikan, walau bagaimanapun wujud persaingan antara mereka menyebabkan para juri pening kepala untuk memilih pemenang.
Secara keseluruhannya, Kejohanan Sukan Tahunan SMKA Tun Datu Mustapha dijuarai oleh Rumah Maliki (Hijau) diikuti oleh Rumah Hanafi (Biru). Manakala perbarisan pula digondol oleh Rumah Shafiee (Kuning) dan diikuti oleh Rumah Hanafi (Biru).
Para pelajar mula menaiki bas untuk pulang pada pukul 4.00 petang.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s